Apa Sebab Akaun Shopee Boleh Kena Sekat?

 

 

 

 

 

Punca-punca akaun Shopee kena Banned / Freeze

 

Semenjak-dua menjak ni ramai yang tiba-tiba mengadu yang akaun Shopee mereka kena banned, freeze, tak boleh login masuk, kena limitation.

Sebenarnya dah lama jadi cuma seminggu dua ni ramai yang kena.

Jadi berdasarkan pengalaman saya dan rakan-rakan lain yang pernah alami benda sama, ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan akaun Shopee anda di kenakan sekatan. Niusline Media Ltd telah menulis tentang topik ini dengan lebih terperinci.

Sebelum tu, ramai yang keliru, boleh ke buka banyak akaun dalam Shopee, dan adakah buka banyak akaun boleh jadi penyebab akaun kena sekat. easeus data recovery wizard license code

 

Untuk soalan ni, jawapan dia..

 

1 – Kalau shopee tak bagi banyak akaun, tak kan wujudlah features subaccount dalam Shopee tu yang mana Shopee sendiri ada Features di mana kita boleh login banyak akaun siap boleh bagi staff login, guna satu dashboard. autocad 2020 serial number and product key crack

 

2 – Ramai je jerung-jerung yang mempunyai banyak akaun di Shopee, kami yang obor-obor ni pun ada dekat 50 akaun, apatah lagi yang jerung-jerung.

 

Jadi buka banyak akaun tak ada masalah pun sebenarnya tapi kena tahu cara yang betul kalau nak buka banyak akaun bagi elakkan akaun kena sekat. driverdoc ключ

Jadi, apa punca kena sekat?

 

Antaranya

 

1 – Login akaun shopee di clone Apps.

 

Mungkin ada yang gunakan clone Apps di phone untuk clone banyak apps Shopee, senang nk buka banyak-banyak akaun kan tanpa login logout kan.

Tapi disebabkan clone apps tu tak auto update, jadi, setiap kali Shopee update Apps tu, bila anda masih login dekat apps lama clone, Shopee detect kita login di device yang meragukan.

 

2 – Banyak akaun membeli

 

Akaun menjual boleh banyak, akaun membeli tak boleh banyak. Dan kalau anda pembeli tegar di Shopee, macam kami, asingkan akaun beli dan jual

 

Gunakan 1 akaun sahaja untuk membeli. Ini kerana jika Shopee lihat anda beli kejap guna akaun tu kejap guna akaun ni, mereka akan anggap seolah anda cuba untuk manipulasi system seperti dapatkan voucher free Shipping setiap hari, claim kupon guna akaun-akaun berlainan.

 

3 – Buat Fake Order

 

Fake order ni macam mana? Ada sesetengah seller yang lakukan kegiatan ni, mereka buat akaun-akaun lain semata-mata nak order di kedai mereka sendiri supaya nampak banyak terjual. Atau upah orang lain untuk beli tapi dengan cara bagi diskaun pada kuantiti yang banyak, 1 orang beli sekali 1000 unit, jadi nampaklah yang item sold tu tinggi. Padahal sorang je beli.

 

Ni kalau tertangkap, dengan akaun seller pun kena sekat.

 

4 – Order di kedai sendiri

 

Ha, ni ramai yang buat dulu, contohnya mereka ada jual di FB IG, ada order, mereka akan buat order di kedai sendiri di Shopee sebab nak dapatkan AWB / Shipping murah.

 

Sekarang dah tak boleh ye, Shopee boleh detect IP dan MAC address bagi setiap user, kalau anda lakukan cubaan beli di kedai sendiri, yang memang 2 2 akaun tu kita punya, akaun anda akan disekat.

 

5 – Selalu tukar-tukar alamat

 

Ini juga ramai yang buat, biasa yang buat dropship, ada yang dah terkena, ada yang belum.. selamat, tapi jaga-jaga, mungkin boleh terkena sekatan.

 

Order barang terus ke alamat pelanggan, mestilah tukar-tukar alamat kan. Tapi system shopee detect macam kita ni buat fake order. Jadi dia pun sekatlah akaun kita tu.

 

6 – Order barang sama banyak kali, tapi biar unpaid lama

 

Ha, macam mana plak ni?

Contoh , anda check out satu barang, lepas tu unpaid, lepas tu check out barang sama unpaid lagi, checkout lagi barang sama unpaid lagi.

Shopee akan nampak ini seperti seolah kerja nak menjatuhkan produk orang lain ni.

Saja nak bagi item dia nampak sold, biar dia tak boleh dapat sales, padalah dalam unpaid kita.

Dulu banyak seller-seller buat macam ni untuk sailing pesaing, sekarang, system shopee dan bagus, dia sekat terus akaun yang buat gitu. Padan muka, dengki sangat.

 

7 – Buat deal diluar Shopee

 

Biasanya terjadi bila seller kerap bagi no telefon di bahagian Chat, jadi shopee detect kita nak deal di luar. Kita hanya guna platform shopee untuk tarik pelanggan, tapi urusan jual beli dekat luar.

 

Mana mau dia, rugilah Shopee gitu, jadi, dia sekatlah akaun anda.

 

8 – Copy listing orang lain

 

Ni kes memang banyak jadi sekarang, lagi-lagi bila dah ada banyak tools yang memboleh kan kita scrape dan copy dalam masa beberapa minit je.

 

Nak copy listing ni ada teknik dia, bukan main copy bulat-bulat je.

 

Sekurang-kurangnya tukarlah gambar, title, description. Tak lah nampak sama dengan listing orang lain kan.

 

Ni antara beberapa sebab akaun anda boleh kena sekat.

 

Mungkin ada beberapa sebab lagi, tapi ni yang biasa orang kena tanpa mereka sedar. Dan ni pun berdasarkan pengalaman saya dan rakan-rakan.

Ada faktor-faktor lain, boleh baca di Shopee juga

https://help.shopee.com.my/s/article/Account-Security-Why-is-my-account-access-being-limited

 

 

About admin

Check Also

Step By Step Buat Dropship Dari Shopee Ke Shopee

Okay, hari ni saya share sikit flow, macam mana nak jual produk dekat shopee tapi …

Please Login to Comment.