Nak Jual Apa Dekat Shopee?

Nak jual apa dekat Shopee?
 
Ni persoalan yang biasa bagi yang nak mulakan bisnes di Shopee.
 
Atau bagi yang dah ada store, mungkin juga pernah tertanya ” nak jual produk apa lagi dekat Shopee ni? “
 
Shopee adalah seketul marketplace, yang mana orang masuk, taip cari apa mereka nak, dan beli.
 
Jadi cara paling mudah, kita jual produk yang TERBUKTI ada permintaan dan TERJUAL
 
Ni kenalah buat sedikit kajian sebab kita tak nak syok sendiri rasa-rasa produk ni boleh laku, rasa produk aku hebat, aku kaya campak-campak duit.
 
Cara simple nak buat research :
 
–> masuk ke salah satu kategori dan subkategori produk, contohnya korang mintak barang dapur, masuklah ke bahagian kitchen dining
 
–> kecilkan range harga supaya data carian nanti tak terlalu lebar contohnya RM30-RM40, RM40-RM50
 
–> susun mengikut Top Sales / Jualan Tertinggi
 
Maka Shopee akan keluarkan data apakah produk yang mendapat jualan tertinggi sepanjang 30 hari lepas.
 
Dari sini kita boleh tengok apakah produk yang tinggi jualan, ramai orang jual.
 
Dan dari sini lah kita boleh dapat idea apa nak jual dekat Shopee ni.
 
Tak susah, tak perlu guna tools software bagai, semua ni Shopee dah tunjukkan.
 
Kita je kena rajin sikit godek-godek.
 
Senang kan?
 
Dah dapat idea?
 
nota kaki : mesti lepas ni terfikir plak ” aku rasa nak jual propduk ni lah, tinggi jualan ni, tapi mana nak cari supplier produk ni eh? “

About admin

Check Also

Step By Step Buat Dropship Dari Shopee Ke Shopee

Okay, hari ni saya share sikit flow, macam mana nak jual produk dekat shopee tapi …

Please Login to Comment.