Step By Step Buat Dropship Dari Shopee Ke Shopee

Okay, hari ni saya share sikit flow, macam mana nak jual produk dekat shopee tapi tak tau nak jual apa.
1 – Pastikan anda dah ada akaun shopee, daftar dan register sebagai seller.
Kalau dah ada akaun tu, buka je seller centre shopee automatik dah boleh menjual macam tu.
Dan pastikan dah seting beberapa penting termasuk shipping dan address.
2 – Shipping ada 2 pilihan, SSL dan non SSL.
Yang SSL ni yg mana shopee bagi subsidi pada kita, kita boleh pos guna AWB yang shopee berikan, jadi lebih kurang kata, shipping ni free, kita tak ah susah-susah gi kaunter pos manual, dapat order, print AWB, nanti parcel drop je dekat courrier.
Kalau non SSL tu kita kena caj pada customer, lepas tu kita pos manual.
Biasanya saya aktifkan yg SSL. Sebab, ada banyak kelebihan bila guna SSL ni.
3 – Tak de idea nak jual produk apa, buat sikit research.
Cari salah satu kategori, produk apa anda nak jual, lepas tu tengok produk apa yang laku, banyak terjual.
Bisanya produk macam ni ada permintaan tinggi di Shopee
4 – Cari Supplier
Masuk dekat produk tadi, cuba tengok shop yang jual tu, contact mereka tanya ada buat dropship tak?
Jika ada tanya mereka bagaimana cara nak jadi agent mereka.
5 – Lepas dah dapat supplier tu, kita boleh start listingkan produk tersebut dalam Shopee kita.
Tengok juga store dia barang-barang lain, biasanya satu seller ada jual banyak barang, ambik barang lain yang terjual banyak juga.
6 – Cara listing
Jangan copy bulat-bulat apa dia buat, ubah sikit title, gambar, ayat dalam.
Gambar biasanya mereka boleh bagi dan mereka benarkan kita ambil dari shopee mereka
7 – Ulang proses no 3..
Bagi dapat banyak supplier, banykkan listing.. satu store dapat masukkan dalam 500-1000 produk dah sedap dah…
8 – Bila dapat order, buatlah order dekat supplier tadi.
Kalau dia boleh terima AWB SSL shopee senang, order dan bagi je AWB ke dia, dia akan poskan terus barang.
Kalau tak, proses dia panjang sikit, kita order, pos ke alamt kita dulu, lepas tu baru kita pos semula ke customer.
9 – Duit bila dapat?
Masa dapat order tu, duit kat kita tak dapat lagi tau… sebab shopee hold dulu.. jadi, kita kena keluar modal sikit dulu harga barang beli dekat supplier.
Bila barang yg kita pos ke customer tu dah sampai, baru shopee akan release ke kita.
Amacam, dapat sikit idea macam mana nak buat dropship produk dari Shopee ke Shopee?

About admin

Check Also

Cara Mudah Nak Dapatkan Idea Keyword Apa Nak Masukkan Dekat Nama Produk

    Cara Mudah Nak Dapatkan Idea Keyword Apa Nak Masukkan Dekat Nama Produk Nama …

Please Login to Comment.