Rakaman Fast Track Shopee New Chapter 2022

 

Okay, sebelum anda semua tonton kesemua Akses Video Panduan ini, suka untuk saya berikan sedikit pengenalan berkenaan Modul-modul dalam ni.

Okay, modul dalam ni semuanya adalah rakaman sewaktu kelas ynag telah dijalankan sebelum ni.

Konsep kelas yang dijalankan adalah mudah, setiap kelas ada task.

Jadi, sekiranya anda dengar rakaman tu nanti kalau ada sebut2 task tu, itu merupakan kerja rumah yang mereka perlu lakukan sepanjang kelas lepas.

Kalau ada sebut pasal group pun, bagi yang dapatkan panduan, anda tidak ada group telegram, group telegram tu hanya group yg join kelas sahaja

 

========

Jadi, anda yang tonton kesemua panduan ni sebenarnya sama..

Anda juga boleh apply benda sama, lepas tonton video setiap unit kelas, cuma buat ‘kerja rumah’ berkenaan, cuma tak perlulah kena hantar.

Tapi untuk progress diri sendiri.

=========

Jika anda lihat, dalam web pendaftaran, ada banyak giler testimoni mereka yang berjaya beroleh result dengan cepat lepas apply apa yangdiajar dalam modul ni..

Sebenarnya, modul-modul yang saya sampaikan ni, ada sesetengah tu basic je, tak ada apa yang magic sangat pun..

TAPI..

Mereka yang dapat result tu adalah mereka yang betul-betul apply apa yang diajar..

Saya faham, anda mungkin kaya, beli panduan, lepas tu peram atau sekadar tonton je.. dan anda mungkin tak rasa rugi pun beli dan peram, dan tak apply.

nak result macam orang-orang lain?

Cerita dia skrg bukan fast action fast result.. Tapi NO Action NO result.

Jadi apa kata kalau kali ni anda cuba ubah.. bukan dengan panduan ni saja..

Setiap kali beli apa-apa panduan, tonton satu per satu, dan terus apply..